
Kurt Cobain dijumpai mati dirumahnya bertempat di 171, Lake Washington Boulevard di Seattle, Washington, United States pada 8 April 1994 oleh Gary Smith pekerja dari Veca Electric. Smith tiba di rumah pada pagi itu untuk memasang lampu sekuriti dan menjumpai mayat Cobain di dalam. Smith menjumpai surat bunuh diri dengan pen yang trsekat di bawah tepi pasu bunga. Shotgun yang dibeli untuk Cobain oleh Dylan Carlson ditemui berada di dada Cobain. dia telah mendengar lagu dari album R.E.M's sebelum mengambil nyawanya sendiri. Sijil Kematiannya menyatakan dia mati akibat tembakan peluru dari dalam mulut ke kepalanya dan membuat kesimpulan kematiannya adalah kes bunuh diri. Report yang dikeluar dengan mengganggarkan Cobain mati pada 5 April 1994.
Selepas beberapa hari Cobain ditemui mati, staff di Seattle Critis Clinic digemparkan dengan panggilan yang bertubi-tubi oleh media dan ditanya tentang kematiannya ada kaitan dengan generasi x dan musik grunge. Selepas menghadiri perhimpunan lilin memperingati Cobain, seorang lelaki berumur 28 tahun balik ke rumah dan melakukan bunuh diri dengan cara yang sama Cobain lakukan. Kematian lelaki ini telah mengundang kegusaran pihak rasmi Seattle tentang cara bunuh diri Cobain yang akan diikut.
Selain itu, ada teori-teori yang muncul untuk menjelaskan kematian Cobain yang sebenarnya. Tom Grant, penyiasat persendirian yang Courtney Love upah untuk mencari Cobain setelah Cobain lari dari Pusat Pemulihan telah menyatakan yang Cobain dibunuh. Teori Grant's dianalisis semula dan diolah oleh Rancangan TV, dalam filem dan buku.
Akan datang: Teori dari pelbagai pihak berkenaan kes kematian Cobain.