Rabu, 6 Oktober 2010

Biography Kurt Donald Cobain


Kurt Donald Cobain lahir pada 20 February 1967, di Grays Harbor Hospital di Abeerdeen, Washington. Anak kepada waitress Wendy Elizabeth Fradenburg dan seorang mekanik auto bernama Donald Leland Cobain. Cobain ada adik perempuan yang bernama Kimberly lahir tahun 1970. Cobain dikenali sebagaibudak yang riang, sensitif dan penyayang di zaman kecilnya. Bakatnya sebagai seorang artis menyerlah dari zaman kecilnya. Biliknya menjadi art studio dimana dia pandai melukis karakter kartun kegemarannya. Dia mula menyanyi dari umurnya 2 tahun.
Apabila umurnya mencecah 8 tahun, ibu bapanya bercerai. Keadaan ini menyebabkan dia berubah secara mendadak. Ibubapa Cobain diketahui mempunyai pasangan masing-masing. Bapanya telah berkahwin dengan Jenny Westeby dan menjaga 2 anaknya dan berpindah bersama Cobain untuk tinggal bersama. Cobain pada mulanya bahagia namun begitu dia mula berubah semenjak ibu tirinya melahirkn anak lelaki. Manakala ibu kandungnya berpasangan dengan lelaki penagih. Cobain sendiri melihat bagaimana ibunya dicederakan sehingga tangan nya patah dan dibawa ke hospital.
Semenjak itu, Cobain menjadi seorang pembuli di sekolahnya. Sikapnya itu membuat ibu bapanya menginginkan Cobain menjalani terapi.
Waktu zaman remaja Cobain, dia tinggal bersama keluarga kawannya Jesse Reed. Lagu Lithium adalah tentang pengalamannya tinggal bersama keluarga Reed. Cobain juga berminat dengan falsafah agama Jainism dan Buddhist. Punca menyatakan nama Nirvana juga dipilih dari kosep agama Buddhist yang bermaksud "freedom from pain, suffering and external world" yang juga bercampur dengan punk rock ethic dan idealogi.
Pada zaman persekolahannya, Cobain berkawan dengan kawan yang homosexual sehingga dibuli oleh pelajar yang homophobic dan menyatakan Cobain gay. Cobain menyatakan yang dia ada semangat gay dan mungkin juga Bisexual. Dia juga ditahan polis kerana melakukan vandalisma dengan mengecat spray dekat pickup truck. Salah satu dari jurnalnya menyatakan "i am not gay, i wish i were, just to piss off homophobes"
Cobain mula tinggal dengain ibunya. 2 minggu sebelum graduation day dia keluar dari Abeerdeen High School kerana menyedari yang dirinya tidak cukup kelayakan untuk graduate. Ibunya bagi peluang samaada ingin bekerja atau meninggalkan rumah. Selepas 1 minggu, Cobain melihat barang-barang dan bajunya diletak dalam satu kotak. Merasakan dirinya sudah dibuang ibunya, dia tinggal bersama rakannya namun tidak lama. Dia pernah menjadi seorang yang tiada tempat tinggal dan tinggal di bawah jambatan. Pengalamannya itu diceritakan pada lagunya "Something in the way".
Pada tahun 1986, Cobain berpindah ke apartment yang sewanya dibayar oleh nya sendiri melalui pekerjaanya di Polynesian Coastal Resort. Dalam masa ini juga dia merantau ke Olympia, Washington untuk pergi melihar rock konsert. Dalam masa perantauan dia berkenalan dengan seorang gadis yang dilaporkan sebagai ilhamnya dalam lagu "About a Girl".
Selepas gadis itu menjauhkanCobain berkenalan dengan Tobi Vail yang merupakan DIY punk zinister dari band yang bernama Bikini Kill. Keadaan ini mengilhamkan lirik "love you so much it make me sick" yang muncul dalam lagu Aneurysm. Vail dikenali sebagai perempuan yang paling seksi dalam punk rock komuniti. Alice Wheeler (sahabat Vail) menyatakan sesiapa yang bersama dengan Vail dianggap sebagai "fashion accesories". namun demikian, Cobain mengharapkan hubungan yang normal bersama Vail. Selama Cobain bersama Vail, mereka bertukar-tukar pendapat dan Cobain meninspirasikan Vail dalam setiap lagunya dalam album Nevermind. Pada satu hari, Vail mengecat spray dinding apartment Cobain dengan menyatakan "Kurt smell like teen spirit". Sebenarnya, teen spirit adalah jenama deodarant yang Vail pakai yang sahabatnya begurau berkenaan bau badan Cobain. Slogan itu adalah inspirasi Cobain atas nama lagu "Smell like Teen Spirit".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan