Rabu, 6 Oktober 2010

History of Nirvana

Penyanyi Utama dan Gitaris-Kurt Donald Cobain
Bassist-Krist Novoselic
Pemain dram-Dave Grohl

Terlahirnya Kumpulan Nirvana

Cobain dan Novoselic belajar di sekolah yang sama di Aberdeen High. Keduanya menjadi sahabat apabila membuat latihan untuk The Melvin. Cobain ingin menubuhkan satu band dengan Novoselic tetapi Novoselic tiada respon. Namun begitu, setelah Novoselic mendengar demo tape yang Cobain bagi, dia bersetuju menubuhkan satu kumpulan bersama Cobain. Kedua sahabat itu memulakan dengan merekrut Bob McFadden untuk menjadi drummer mereka tetapi selepas beberapa bulan projek mereka gagal. Pada tahun 1987, 2 sahabat itu merekrut drummer yang baru, Aaron Burckhard. selepas beberapa nama kumpulan yang mereka cadangkan untuk kumpulan itu maka lahirlah nirvana. Cobain berkata, "I wanted a name that was kind of beautiful or nice and pretty instead of a mean, raunchy punk rock name like the Angry Samoans". 2 sahabat itu telah berpindah ke Tacoma dan Olympia, Washington. Oleh sebab itu, mereka telah 'lost contact' dengan Burkhard. 2 sahabat itu masih lagi membuat latihan bersama Dale Crover of The Melvins dan Nirvana telah mengeluarkan demo pertama pada tahun 1988. Pada awal tahun 1988, Crover telah berpindah ke San Francisco tetapi merekomen Dave Foster untuk menjadi pengganti dirinya sebagai pemain dram. Namun begitu, Foster bersama dengan Nirvana hanya untuk beberapa bulan sahaja kerana masuk penjara. Oleh yang demikian, Burkhard kembali menjadi drummer untuk Nirvana. Namun begitu, disebabkan hilang timbang rasa dengan Cobain dia menarik diri. Maka, 2 sahabat itu mengiklankan 1 iklan bagi mencari drummer baru yang akhirnya mengeluarkan keputusan yang mengecewakan. Sementara itu, salah seorang kawan yang mereka kenali telah memperkenalkan mereka dengan Chad Channing bersama 3 musician yang lain bersetuju untuk jam bersama. Channing terus melekat dengan Nirvana walaupun mereka tidak pernah berkata "Ok, you're in.".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan